Sponsored
Sponsored
Read Alfu Sanatin III: Tanah yang Dijanjikan – “The Origin”
Free Edition
Verified Content

Alfu Sanatin III: Tanah yang Dijanjikan – “The Origin”

4.85 • 25 ratings • 4 reviews
Overview
Penutup trilogi Alfu Sanatin – Tanah yang Dijanjikan: The Origin membawa pembaca menelusuri akar sejarah Bani Israel sejak zaman para nabi sehinggalah lahirnya Zionisme moden dan tertubuhnya negara Israel pada hari ini.

Perjalanan ini bermula daripada kisah Nabi Ibrahim yang diperintahkan berhijrah ke bumi Kan‘an, sebuah tanah yang dijanjikan dengan syarat ketaatan kepada Tuhan, sebelum sejarah itu berkembang kepada keturunan Nabi Ya‘qub yang dikenali sebagai Bani Israel.

Daripada sebuah keluarga kecil, mereka berkembang menjadi bangsa yang berpecah kepada pelbagai suku, berpindah dari satu wilayah ke satu wilayah lain dan melalui jatuh bangun tamadun yang panjang. Ada zaman mereka menjadi bangsa yang kuat dan menguasai tanah sendiri. Namun ada juga era mereka dihalau, dibuang negeri dan hidup sebagai diaspora di pelbagai penjuru dunia.

Buku ini turut membawa pembaca melihat bagaimana bangsa Yahudi hidup di bawah dua kuasa besar yang berbeza; dunia Kristian dan dunia Islam. Kedua-duanya meninggalkan kesan sejarah, layanan dan pengalaman yang tidak sama terhadap masyarakat Yahudi sepanjang berabad-abad lamanya.

Perbahasan diteruskan dengan hubungan Yahudi dan Nabi Isa a.s, kemunculan Kristianiti, perkembangan pengaruh Yahudi di Eropah serta bagaimana idea Zionisme moden mula lahir dalam dunia Barat. Pembaca juga akan dibawa memahami peranan kuasa-kuasa besar dunia, deklarasi-deklarasi politik penting dan rangkaian peristiwa yang akhirnya menjadi asas kepada konflik Palestin-Israel moden yang masih berpanjangan sehingga hari ini.

Ditulis dalam gaya naratif sejarah yang menggabungkan agama, tamadun dan geopolitik, buku ini membantu pembaca melihat isu Palestin dan Israel bukan sekadar melalui berita semasa, tetapi melalui perjalanan sejarah yang panjang, rumit dan saling berkait sejak ribuan tahun dahulu.
User Avatar User Avatar User Avatar
36,114 currently reading
User Avatar User Avatar User Avatar
152,889 want to read
Sponsored
Sponsored

Book details & editions

ISBN 629791348X
Publisher Karangkraf
Publication date May 2026
Language MSA
Pages 268 pages
Sponsored
Sponsored
About the Author
Ibnu Rijal

Ibnu Rijal

Follow
Known for writing in a clear, engaging, and easy-to-follow style. The work feels natural and flows smoothly, making it enjoyable from beginning to end.

Ratings & Reviews

5 ★
76%
4 ★
18%
3 ★
4%
2 ★
1%
1 ★
1%
4.85
BlueReads Choice
Sponsored

Write a Review

Community Reviews

Sort by:
Sponsored
Sponsored
Sponsored Content